Jek hidraulik Jek

Jek hidraulik menggunakan bendalir tidak mampat yang ditekan ke dalam silinder oleh pam pelocok. Minyak digunakan kerana ia melincir dan stabil. Apabila pelocok itu menarik, ia mengeluarkan minyak dari takungannya melalui satu injap semakan sedutan ke dalam kebuk pam. Apabila pelocok itu menuju ke depan, ia menolak minyak itu melalui injap semakan keluar ke dalam silinder. Bola injap sedutan yang berada di dalam kebuk akan terbuka setiap kali pergerakan pelocok. Bola injap keluar yang berada di luar kebuk akan terbuka bila minyak ditolak ke dalam silinder. Pada masa ini, bola sedutan di dalam kebuk dipaksa menutup dan tekanan minyak akan terbina di dalam silinder.